Sunday, January 8, 2012

4 ACCOUNT

Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayang and well hello there bloggerians!

Tajuk kita pada hari ini adalah "4 Account" eh wait dalam bahasa baku kononnya, "akaun" maafkan saya saudara kerana telah menyampur adukkan dwibahasa. 4 Akaun, kelas yang agak boring dan berat untuk aku lalui dalam 11 bulan lebih lagi. Dengan izin Allah, aku akan cuba dengan sedaya upaya untuk menyukai kelas tersebut. Bak kata abang Nazrul kita semalam "Bayangkan tinggal di hutan seorang diri. Kau hanya diberi pokok didepan mata secara free, tinggal panjat untuk ambil buahnya dan hidup bukan?"  aku tersentuh dengan kata-kata semangat dari Nazrul semalam, sanggup call just make me feel alright :') 

Setelah mendengar bebelan yang bernas dari Nazrul semalam, aku pun mulai berfikir yang aku harus lakukan apa yang terbaik dan hadiah yang ada di depan mata aku sendiri. Aku bersyukur dengan Allah SWT, kerana selama ini akulah seorang murid yang selalu gagal dalam ujian bulanan namun sesudah PMR, tidak ku sangka aku adalah penghuni 4 Akaun. Sedangkan temanku yang setiap bulan lulus ujian bulanan pun masuk 4 padangan. Kata orang, rezeki itu masing-masing. Ok masa untuk cuci baju dan kasut. Masa untuk mem-blog ni dah takde dah. 

Tasya Lova